Myspace Bubbles Note Generator




Tuesday, February 15, 2011

==SaMbUtAn kElAhIrAn Rasulullah s.a.w==

  

salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.


Kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:
  1. Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
  2. Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.
  3. Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
  4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
  5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.”

0 comments:

Post a Comment