Myspace Bubbles Note Generator




Thursday, March 1, 2012

PERIGI MENCARI TIMBA?

 "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi."  

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya?Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad S.A.W , beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Sekarang aku mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab aku sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. aku nk Berusaha menjadi muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan.bg aku Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber'couple', dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan.
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu." (Imam Nawawi )


0 comments:

Post a Comment